Wednesday, 18 July 2012

Mayat Gaddafi Dipersenda

ANGGOTA pemberontak perkotak-katik mayat Gaddafi.
ANGGOTA pemberontak perkotak-katik mayat Gaddafi.
GAMBAR dari YouTube menunjukkan mayat Gaddafi yang dibunuh pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu.
GAMBAR dari YouTube menunjukkan mayat Gaddafi yang dibunuh pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu.
TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam.
Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.

Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.
Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.

Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.

Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.

Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.

Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular.

Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.

Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - DM

Monday, 16 July 2012

makan Batu

Apabila kita mendengar ada manusia di dunia ini yang boleh makan selain daripada apa yang kita makan, seperti satu perkara yang pelik pula. Sebagai contoh sebelum ini, ada wanita yang gemar memakan rambutnya sendiri (LINK). Kini ada pula seorang wanita yang dikenali sebagai Teresa Widener dari  Bedford, Virginia mempunyai tabiat pelik, iaitu gemar memakan batu. Jom tonton video di atas.

Lelaki Ini Tidak Pernah Menjamah Nasi Atau Pepejal

Sebelum ini biasa kita pernah mendengar beberapa kes orang yang alah dengan makanan seperti nasi, tetapi masih boleh menjamah makanan lain seperti mee dan sebagainya. Tetapi kes yang dihadapi oleh lelaki di bawah ini amat ekstrim rasanya. Dia tidak boleh menjamah sebarang pepejal dan hanya makanan berbentuk air yang mampu ditelan.
Sepanjang hayat, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan.
Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.
Berikutan tabiatnya meminum sehingga 15 gelas Milo sehari, Mohd Aidil Amri digelar ‘Milo’ oleh rakan yang memahami keganjilan yang dihadapinya. Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah.
“Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup,” katanya.
Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima) ketika ditemui, tampak sihat dan tidak menunjukkan beliau menghadapi masalah berhubung tabiat pemakanannya itu.
Mohd Aidil Amri yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim.
“Ketika kecil, ibu cuba memberi saya makanan, tetapi saya selalu lari. Sejak usia setahun, saya tidak menyentuh makanan melainkan meminum Milo yang menjadi makanan ruji saya,” katanya yang menjadi perhatian ramai sejak ditemuramah rancangan, Pagi Show di Fly FM, Selasa lalu.
Beliau berkata, dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo.
“Saya juga boleh mengambil minuman lain, tetapi Milo menjadi makanan penting untuk saya,”.
Mohd Aidil Amri berkata, setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’.
Ditanya mengenai perasaannya setiap kali melihat rakan menjamu selera dengan makanan lazat, beliau berkata, rasa iri hati tetap wujud tetapi dirinya sentiasa berfikiran positif.
“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini.
“Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang meminati muzik rock terutama kumpulan rock, Metallica.