Saturday, 16 March 2013

Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?



pencerobohan lahad datu
Kecewa, kecewa dan sangat – sangat kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan. Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa?
Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting.
Sekarang ini beliau telah berikan “baton” pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi  apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri?
Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….

Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran

Isu Lahad Datu SabahKLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA]
Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.
  1. Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita
  2. Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?
pencerobohan lahad datu Mengapa apabila dengan rakyat sendiriseperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara? Mengapa?
Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?
Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi…..
Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana risiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya “Projek IC sabah” seperti dibongkarkan DI SINI?
Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
  1. Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  2. Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang)
  3. Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
  4. Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  5. Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
  6. Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jadi nasihat kami, lupakan sahaja Sabah ini.

Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?

  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia

Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?

Sila klik kanan untuk melibat setiap dengan paparan yang lebih jelas…
Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negaraIni melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira penghinaan kepada keselamatan negara Malaysia.
  • Kami mahu segera tarik keluar penceroboh (waris Sultan Sulu) dari kawasan kedaulatan Malaysia(Lahad Datu Sabah)
Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
  1. Di Amerika : Arizona border agent shoots, kills man suspected of illegal crossing (Sumber : Reuters)
  2. Di Iran : Detention of american hikers/spies (allegedly crossing into Iran) (Sumber : Wikipedia)
  3. Di Korea Utara : North Korea sentences US journalists to 12 years hard labour (Sumber : Telegraph)
  4. Di Rusia : Chinese workers arrested in Russia for illegally crossing border (Sumber : Peopledaily.com.cn)
  5. Di Israel : Saudi man home after 6 years in Israeli jail for border crossing (Sumber : Digital Journal
  6. Bagaimana pula di Malaysia? Pencerobohan Lahad Datu Sabah? Penyelesaiannya?
 Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?

Sunday, 3 March 2013

Punca Pencerobohan Lahad Datu : Anwar Mahu Naikkan Kiram III


Punca Pencerobohan Lahad Datu : Anwar Mahu Naikkan Kiram III


Sulu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan samseng paling tua di timur laut kepulauan Melayu. Sejarahnya bertulisnya bermula seawal 1138 ketika Islam masuk ke hati mereka melalui pendakwah Islam yang tidak kurang berat halangan yang menanti dari bangsa yang bersifat pendekar ini.

Susur galur kesultanan ini menjadi cacamarba setelah kemerdekaan Filipina di mana negara tersebut tidak mengiktiraf mana-mana kesultanan dalam urusan negara mereka kecuali untuk tujuan sosial.

Jamalul Kiram III yang membuat kacau di Lahad Datu selayaknya dianggap sebagai penjenayah bersenjata luar sempadan yang berjaya menerobos ke sempadan negara ini.

Belio merupakan Sultan Sulu pada zaman Marcos yang berakhir pada tahun 1986. Persengkongkolan belio dengan Marcos memberi imej buruk kepada mata rakyat Filipina lain yang merupakan 95% dari bukan Sulu.

Persengkongkolan Jamalul Kiram III dengan Marcos lah yang membuatkan lambakan senjata zaman dulu menumpu ke puak Sulu. Kiram III yang menetap di Manila turut aktif menyertai politik Filipina dengan cubaan-cubaan mencalonkan diri untuk bertanding jawatan. Menurut Wikipedia :

Jamalul D. Kiram III (born on July 16, 1938 in Maimbung, Sulu; reigned 1974- 1981, 2012 - present) was the Sultan of Sulu in Sulu, southern Philippines during the Marcos era. He was a candidate for senator in the 2007 Philippine Elections.[1] With his retirement, the succession rights of the sultanate was disputed among his heirs such as Mohammad Akijal Atti. The dispute on the succession rights ended in November 11, 2012 when all claimants from the Kiram family met together in Sulu, ending their decade-long feud. After the family meeting, Jamalul Kiram III once again became the de facto sultanalongside Ismael Kiram II. He also declared Rajah Mudah Agbimuddin Kiram as "crown prince". [2]

Sultan Muedzul Lail Tan Kiram[1][2][3] is the eldest son of Sultan Moh. Mahakuttah A. Kiram(1974–1986)[4] and is the current head of the Royal House of Sulu[1][5] since 16 February 1986.
Ismael Kiram II
1999- Present
Due to different regional spellings, as can be found on government and newspaper sites, his name appears as Esmail, Esmael, Ismail or Ismael. Second son of Punjungan Kiram and younger brother of Jamalul Kiram III. Abdullah Kiram is his son and possible heir.

Untuk rekod, Sultan Ismail Kiram II lah yang memberi gelaran datuk kepada beberapa artis Malaysia sebelum ini pada ulangtahun hari keputeraannya.

BUKTI BESAR PEMBABITAN PEMBANGKANG MELALUI ANWAR tentulah dengan bukti-bukti pertemuannya dengan pemimpin berpihak kepada Kiram III untuk mengembalikan takhta Kiram III yang kononnya berlaku mulai 2012.

Anwar diketahui merupakan sahabat baik Joseph Estrada, Persiden Filipina yang dipenjara kerana rasuah hari ini. Estrada memerintah pada ketika penentangan ke atas Sultan Kiram hari ini berlangsung.

MALAH PIHAK PERISIKAN FILIPINA  SENDIRI MENYEBUT INI PENCEROBOHAN INI ADALAH SUSULAN JANJI PIHAK PEMBANGKANG MALAYSIA KEPADA 'SAMSENG BERSENJATA PIMPINAN KIRAM III' INI.

Perjanjian damai Bangsamoro dengan Filipina yang diaturkan Malaysia hanya menumpukan kepada isu Mindanao dan Moro. Nur Misuari bekas pemimpin Mindanao yang tidak diuntungkan ketika perjanjian bersejarah damainya Mindanao dengan tertubuhnya wilayah autonomi Bangsamoro juga mempunyai iri yang besar. Kita sendiri ketahui hubungan Anwar dengan Misuari, Pitsuan dan Gusdur satu ketika dahulu dalam jaringan  Islam liberal sedunia. 

Diplomasi tinggi Malaysia di bidang antarabangsa memaksa kes ini ditangani melalui undang-undang yang murni sehingga memaksa tangkapan melalui serah diri atau buru perlu dilaksanakan bagi membolehkan siasatan dibuat. MALAH CAKAP POLITIK DIKETEPIKAN KERANA TIADA TANGKAPAN KE ATAS ANWAR DIBUAT WALAUPUN TERDAPAT BUKTI.

Jenayah bersenjata yang seperti ini sememangnya perlu ditangani oleh pihak polis namun pihak polis masih terpaksa mendengar pertimbangan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang dinilai gagal oleh cakap-cakap mulut ramai orang dikedai kopi.

Ini kerana Malaysia adalah negara berdaulat yang rakyat tidak dibenarkan memiliki snjata api tanda didaftarkan malah melibatkan hukuman mati. MENGAPA PENCABULAN MEMALUKAN INI TERLALU DIRUNDINGKAN, menurut mereka.

Adakah perompak bank bersenjata api perlu ditangani dengan rundingan tiga minggu? Jika Filipina menganggap kejahatan ini tidak boleh diterima kerana merasa malu akibat ulah samseng bersenjata di negara ini, mengapa kita tidak tidak membiarkan polis menjalankan kerjanya mengikut undang-undang kepolisan sedia ada.

Mengapa campurtangan politik perlu apabila Filipina seolah-olah menganggap ia adalah perlakuan jenayah, bukannya isu politik antarabangsa.