Saturday, 16 June 2012
Saturday, 9 June 2012
Tanda2 Kematian.
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?
Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila
Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
tanda-tanda kematian
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?
Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila
Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...
"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1
Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.
Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.
Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri
Wallahuallam...
Handphone mahal2 kalau x ori x gune gak
hari ni aku nak share satu benda yang menarik..mungkin ada yang dah tahu dan mungkin yang ada x tahu menahu pasal benda ni..so,,korang boleh cuba try la chek handphone korang tu asal dari negara mana..enjoy….
tekan no berikut ke dalam handphone korang *#06# dan satu kod panjang akan keluar..kod ni ada 15 nombor..
kemudian korang chek no 7 dan no 8:
contohnya: 1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15 nombor siri handphone: x x x x x x ? ? x x x x x x x
jikalau no 7 & no 8 adalah 0 , 2 or 2 , 0 ini bermakna handphone korang dikilangkan di Emirates di mana kualitinya sangat3 teruk..
jikalau no 7 & no 8 adalah 0 , 8 or 8 , 0 ini bermakna handphone korang dikilangkan di Germany di mana kualitinya baik..
jikalau no 7 & no 8 adalah 0, 1 or 1, 0 ini bermakna handphone korang dikilangkan di Finland di mana kualitinya sangat baik..
jikalau no 7 & no 8 adalah 0 , 0 ini bermakna handphone korang dikilangkan di kilang original di mana kualitinya adalah Kualiti Handphone Terbaik..
jikalau no 7 & no 8 adalah 1 , 3 ini bermakna handphone korang dikilangkan di Azerbaijan di mana kualitinya sangat3 teruk dan sangat bahaya untuk kesihatan anda..
Thursday, 7 June 2012
Menantu Bill Gates!
Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!
Kemudian bapanya berjumpa Bill gates
Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!
Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia
Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!
Hoho, This is how business is done!!
Kepala Isteri Dijadikan Bola Hoki
ALOR SETAR: Akibat perselisihan faham, seorang wanita berusia 40-an lebam pada beberapa bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu hoki oleh suaminya yang gagal mengawal kemarahannya di Jalan Alor Mengkudu, di sini, Isnin lalu.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila suami wanita itu yang berusia 40-an membenarkan isteri dan dua anaknya masuk semula ke dalam rumah selepas mengunci mereka di luar selepas berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit.
Difahamkan, selepas dibenarkan masuk, pertengkaran antara mangsa dan suaminya semakin teruk sebelum lelaki itu dikatakan hilang sabar lalu berlari ke belakang rumah mereka dan mengambil kayu hoki yang disimpan di dalam stor.
Sumber berkata, sejurus itu, lelaki berkenaan datang menghampiri isterinya dengan memegang kayu hoki di tangan dan pada mulanya bertindak mengacah untuk memukul sebelum mengheret mangsa ke dalam bilik tidur mereka.
“Lelaki itu lebih ganas apabila mengheret isterinya ke dalam bilik sebelum memukul wanita itu bertubi-tubi menggunakan kayu hoki yang diambil di dalam stor sebelum itu,” katanya.
Menurutnya, akibat tidak tahan menanggung kesakitan dengan tindakan suaminya, wanita berkenaan menjerit sekuat hati dan menghalau lelaki itu yang kemudian bergegas keluar untuk melarikan diri.
Difahamkan, wanita berkenaan mengalami lebam di bahagian peha dan belakang termasuk bengkak di muka akibat pergaduhan dengan suaminya.
Wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, kelmarin berikutan bimbang dengan keselamatan dirinya serta takut suaminya akan bertindak dengan lebih ganas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata berdasarkan maklumat, pihak polis sudah menahan lelaki itu di sekitar bandar raya, pagi semalam.
“Kami akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek dalam masa terdekat untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana perbuatan suspek yang sengaja mengakibatkan kecederaan terhadap mangsa.
Wednesday, 6 June 2012
Mereka Nak Jual
BUTTERWORTH: “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.
“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.
Tuesday, 5 June 2012
Busuk!
PUCHONG: Bukan saja menanggung sakit ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan doktor, malah penduduk di Flat Taman Puchong Permai, di sini, menanggung derita menahan bau busuk sejak lima bulan lalu berikutan kedudukan rumah sampah di hadapan pintu masuk ke Klinik Kesihatan 1Malaysia di situ.
Bau busuk itu menyebabkan pihak klinik menutup pintu sepanjang masa.
Tinjauan Metroplus mendapati penduduk menutup mulut setiap kali ingin masuk ke klinik berkenaan kerana rumah sampah terletak di hadapan klinik selain ia masih digunakan penduduk untuk membuang sampah.
Penduduk, Kamisah Mohd Salleh, 49, berkata, masalah itu berlaku berikutan ruang untuk menempatkan klinik hanya ada di hadapan rumah sampah terbabit menyebabkan penduduk dan pihak klinik tiada pilihan untuk meneruskan operasi di situ.
“Tidak dinafikan punca kekurangan tempat menyebabkan hadapan rumah sampah menjadi pilihan untuk membuka klinik kesihatan. “Biarpun kemudahan itu untuk penduduk, disebabkan kawasan yang kurang strategik ia mula menjadi buah mulut orang ramai.
“Penduduk rimas dan tidak selesa dengan bau busuk berikutan rumah sampah masih digunakan untuk membuang sampah,” katanya.
Bagi Mohd Kassim Mohd Zin, 61, berkata, baru-baru ini penduduk menandatangani persetujuan bersama untuk membenarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merobohkan rumah sampah berkenaan.
“Kami sudah menghantar surat persetujuan selepas masalah ini diatasi MPSJ dan mereka menyarankan supaya rumah sampah dirobohkan berikutan ia terlebih dulu dibina sebelum klinik kesihatan wujud.
“Segala-galanya kini kami serahkan kepada MPSJ untuk meneruskan perancangan merobohkan rumah sampah seperti yang dipersetujui dan berharap masalah ini segera selesai kerana bimbang penyakit penduduk lebih parah akibat menghidu bau sampah setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya menyarankan rumah sampah di situ dirobohkan berikutan bimbang masalah kesihatan penduduk yang menghidu bau busuk setiap hari.
“Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, kami bersedia membantu mengatasi masalah ini, namun segala-galanya mengikut peruntukkan dan pelantikan kontraktor. Setakat ini kami belum menerima peruntukkan yang bakal dikeluarkan daripada Geran Selangorku yang disediakan kerajaan Selangor.
“Namun, kami yakin masalah ini segera selesai dan menanti peruntukkan bagi merobohkan rumah sampah berkenaan selain menambah tiga lagi rumah sampah di kawasan ini demi kemudahan penduduk,” katanya ketika dihubungi.
Saturday, 2 June 2012
JiJik!!!!
TAIPEI: Seorang lelaki warga Thailand semalam dipenjarakan tujuh bulan kerana secara paksa mencium seorang wanita rakyat tempatan dan menjilat mukanya di bandar di utara negara itu.
Lelaki itu didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di bandar raya New Taipei Februari lalu, tanpa kerelaan wanita berkenaan, lapor mahkamah daerah Banciao. Menurut mahkamah, dia merenggut wanita itu ketika mangsa sedang berjoging di sebuah stadium pada waktu malam. Apabila mereka terjatuh dan ketika wanita itu cuba melawan, dia secara paksa mencium dan menjilat mangsa hingga seorang pejalan kaki mendengar jeritan wanita itu dan menghulurkan bantuan.
Subscribe to:
Comments (Atom)